2016-02-23

From Beaufort To Tenom: Borneo 'Express'

Assalammualaikum!!! 

Maafkan aku, tetiba nak caras entry Cambodia dan Japan. Huhu kasi chance la kan, sebab entry ni lagi senang nak tulis, pendek je. Tak kira, aku buat jugak entry ni ok! Taknak baca sudah. Lols. OK sebelum apa-apa jom layan video ringkas sepanjang perjalanan aku ke Tenom dari Beaufort.AYUH!



Tenom Valley...The North Borneo Railway

Kisahnya bermula bila aku terbaca dan terlihat mengenai The North Borneo Railway ni di kaca tv dan disokong pula dengan keindahan cinematography dalam filem Ola-Bola yang sedang hagat dimainkan di pawagam. Dari situ terdetik nak 'merasa' sendiri pengalaman menaiki keretapi 'kontena' ke Pekan Tenom. Kebetulan pulak ada urusan kerja sikit di Sipitang so why not kan?

Maka aku dan seorang member lama dari Labuan, merancang perjalanan. Dan sepatutnya ada sorang lagi member dari Miri nak join tapi terpaksa cancel last minute disebabkan hal kerja, maka tinggallah aku dan Kay (nama diberi) meneruskan misi.

Dari Kota Kinabalu (cut the story short la) aku dan Kay menaiki kereta menuju ke pekan Beaufort yang mengambil masa 1 jam 30 minit perjalanan. Malam-malam buta tu memang gigih la drive sampai ke Beaufort. Kenapa Beaufort?  Sebab keretapi kontena ke Tenom bermula di Beaufort. Kami bermalam di Hotel Jasaria (hotel bajet) untuk melepaskan penat je. Esok pagi-pagi dah kena gerak ke Stesen Keretapi Beaufort.

Stesen Keretapi Beaufort
Muka eksaited lols.
Jadual perjalanan keretapi ke Beaufort adalah setiap hari pada jam-jam tertentu. Sila rujuk jadual yang disediakan oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Jadi keretapi pertama ke Tenom akan bertolak pada jam 7:30 pagi. Sempat la kami breakfast dulu.
Jadual pada hari Isnin -Sabtu
Jadual untuk hari Ahad sahaja
Untuk membeli tiket keretapi, kaunter tiket hanya dibuka pukul 7:30 pagi, dan sebenarnya keretapi tu bertolak pukul 8:00 pagi. Tambang sehala Beaufort-Tenom adalah RM 2.75 seorang/sehala.

Kepala keretapi antik.
Bila tengok pertama kali keretapi kontena di dah rasa excited semacam, ye la first time kot nak naik! Perjalanan ke Tenom mengambil masa 3 jam...so aku cadangkan supaya breakfast la dulu atau bawakla bekal kalau xnak kebulur.

Keretapi yang sepatutnya bergerak jam 7:30 pagi tu akhirnya bergerak jam 8:00 pagi. Menurut sumber bacaan, sepatutnya memang ramai gila orang yang akan naik train ni terutamanya yang nak melakukan aktiviti water rafting di Sungai Padas. Tapi memandangkan sekarang ni low season ( air sungai cetek ) maka aktiviti water rafting x banyak dijalankan...dan penumpang train pagi tu tak ramai! Alhamdulillah boleh la pindah randah pelbagai sudut hahaha.

Keadaan dalam bahagian penumpang. Gerabak 3.
Keadaan dalam gerabak tengah..(Barang)
Untuk makluman juga, keretapi kontena ni hanya ada 3 gerabak iaitu gerabak penumpang (gerabak 1 dan 3) dan gerabak barang (gerabak 2). So dalam gerabak barang tu memang tak ada tempat duduk la, tapi ramai juga yang naik dan duduk di atas lantai je.

Cikgi-cikgi Semenanjung yang bertugas di pedalaman.
Makin penuh dengan orang dan barang.
Ok kalau nak tengok pemandangan cantik sepanjang Sungai Padas sila duduk di sebelah kanan tingkap. Kalau duduk sebelah kiri hanya nampak hutan dan bukit je.

Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan penandangan sepanjang Sungai Padas yang memukau! Serius weh memang lawa gila! Dan keretapi ni akan berhenti-henti di beberapa hentian kecil untuk menurunkan / mengambil penumpang terutamanya pelajar sekolah. Dan ada 4 hentian stesen yang utama iaitu Seliwangan, Halogilat, Rayoh dan Pangi sebelum sampai ke Stesen Keratapi Tenom.

Pemandangan Sg. Padas. Alhamdulillah langit biru!
Cantik.


Untuk makluman juga, keretapi dari Beaufort ke Tenom akan berhenti di stesen Halogilat untuk pertukaran train. Bermakna semua penumpang kena turun di stesen Halogilat dan bertukar train untuk ke Tenom. Manakala keretapi dari Beaufort tadi akan berpatah balik ke Beaufort. Perjalanan dari Beaufort ke Hologilat mengambil masa 1 jam. Tapi sumpah, memang cantik gila pemandangan. Sukahati korang nak duduk kat mana, tepi pintu, tepi tingkap, mana-mana je lah. Tapi akan ada konduktor yang datang cek tiket.

Pertukaran train di stesen Halogilat
Pertukaran keretapi di stesen Halogilat tak lama, tapi kena tunggu sikit la keretapi dari Tenom tu sampai. Kadang- kadang keretapi dari Tenom pulak yang kena tunggu keretapi dari Beaufort. Bergantung kepada kelajuan perjalanan masing-masing.

Perjalanan dari Halogilat ke Tenom pula mengambil masa lebih kurang 2 jam. Tapi untuk makluman semua, pemandangan dari Halogilat ke Tenom lagi cantik! Sila perhati betul-betul sebab struktur sungai yang berbatu-batu dan ada empangan lagi.

Oh lupa nak bagitau, keretapi ni tak ada kipas ye, so sedialah berpanas-panasan. Kalau taknak panas sila bertenggek tepi pintu.

Kami sampai di stesen keretapi Tenom pada jam 10:00 pagi. Sampai di pekan Tenom kami terus cari restoran dan makan, lapar kot hahaah. Lepas makan baru kami ambil teksi dan pergi ke Kilang Kopi Yit Fuh yang terletak 3 km daripada bandar pekan Tenom. Kami tak boleh lama-lama di Pekan Tenom sebab train balik ke Beaufort akan bergerak pada jam 1 pm.

Mercu Tanda
Harga pun murah.
Ada cafe dan boleh minum kat sini sementara tunggu pukul 1.
Sila datang awal ke stesen keretapi sebab kadang-kadang keretapi tu bergerak lagi awal dari jadual (atau lagi lambat). Macam biasa, 30 minit sebelum bertolak baru kaunter tiket akan dibuka dan harga tambang ke Beaufort adalah RM2.75 juga.

So sepanjang perjalanan balik kami dijanjikan pemandangan yang sama. Indah. Tapi paham-paham la, biasanya penumpang dari Tenom lagi ramai! So agak bersesak jugak la ditanbah dengan barang-barang. Dan bila dah tengahari, keadaan dalam keretapi tu sangat panas dan berbahang ye, macam dalam sauna! Gila punya panas sampai tak teringin dah nak buat apa-apa hahahaha.
Masa balik pun sama.
Layan.
Layan #2
Orang kata kalau musim water rafting, keretapi tu lagi sesak! So syukurla aku pegi bukan peak season, so merasa la jugak merayau-rayau dalam train tu.

Ok, kami sampai di Beaufort pada jam 4:00 petang. Singgah solat sekejap dan terus bergerak ke Sipitang, nak jumpa bos! Sipitang pun aku baru first time sampai, lawa jugak bandar Sipitang ni, sebab kedudukan ya betul-betul tepi laut. 

Alhamdulillah misi nak naik North Borneo Railway ke Tenom tercapai! Lepas ni banyak lagi nak explore di Sabah. Tunggu geng je yang tak sampai-sampai.

Sekian.
Ok tu je nak cerita. 

WASSALAM.

17 comments:

  1. er tunggu geng yang tak sampai2 ?
    err
    err

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila akak nak datang Tenom,?????

      Delete
  2. err jgk..geng tak de duit lg nk pegi..awas!!! tunggu kami!! hahaha..

    Cantik view dr train tu, dan murah plak tu tambang! sedap ke kopinye?? omg gigil nk amik pic dgn camera baru kt sini nanti lols

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayuh!!! Cepat la plan! Bila nak mai nya!

      Delete
  3. ok. jeles.
    haha. patut nak naik jugak ketapi ni berwater rafting kt padas.
    sekali landslide terpaksa berafting ke kiulu.
    thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah tengok musim, kalau musim rafting memang penuh la gerabak!

      Delete
  4. Mmg mnariklah...leh cuba nnti ni klo ke sabah...kilang kopi tu xleh msuk ke tgk production dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, tapi haritu macam malas nak masuk, nak relaks2 je hahahahha

      Delete
  5. hari2 aku baca post ni sambil fikir macam mana la nak try train ni over a weekend trip. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azuan:

      Haha rajinnya baca hari2. Boleh la over weekend. Naik la sabtu or ahad? Macam yg aku buat ni aku naik hari sabtu. Pegi oagi balik tengahari.

      Delete
    2. OK Boss, nanti aku DM mintak tips. rasa seram pun ada nak redah takder local guide.... hehe

      Delete
    3. Ala aku pun redah je, xda guide. Senang je.

      Delete
  6. insyaAllah aku akan pergi weekend ni. tapi jerebu la plak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah jerebu pulak kan skg. Takpe doakan semuanya ok. jerebu pun hilang time tu.

      Delete
  7. hi. nak tanya, jauh tak stesen bas dari stesen kereta api beaufort? rasa nak pakai bas je. and ada bajet hotel tak dkt station bas? thank youu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stsen bas tak jauh. Dekat je. Kat pekan Beaufort banyak hotel.

      Delete
    2. yayyyy i'm coming! 😎 thank you k 🙂

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!